Taklimat Sistem Kewangan Baharu UUM (FIMS) Kepada Wakil PTJ

TAKLIMAT SISTEM KEWANGAN BAHARU UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

 28 Disember 2020 (Isnin): Satu taklimat pengenalan kepada Sistem Kewangan Universiti yang baharu iaitu Financial Integrated Management System (FIMS) telah diadakan di Dewan Auditorium SOiS kepada wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terdiri daripada Pegawai Tadbir dan Kakitangan Kewangan PTJ sebagai persediaan awal kepada pihak PTJ menghadapi perubahan pengurusan kewangan.

Taklimat yang melibatkan hampir 150 peserta ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Ayoib Che Ahmad turut dihadiri oleh beberapa penjawat utama Universiti.   

Memandangkan FIMS berintegrasi dengan beberapa sub-sistem dan berlaku secara real time,  semua PTJ disarankan untuk bersedia dengan cabaran-cabaran yang dijangka bakal dihadapi sehingga system ini benar-benar stabil.  

Memandangkan FIMS akan berjalan secara parallel dengan sistem IFAS maka pihak PTJ perlu bersedia dengan beban kerja berganda di mana dokumen kewangan perlu dikemaskini di kedua-dua sistem.

FIMS dijangka akan banyak membantu universiti di dalam mengurangkan kerja berulang sekaligus membantu universiti membuat keputusan yang lebih cepat dan tepat.  Melaluinya juga segala kelemahan yang dikesan di dalam IFAS dijangka akan diatasi.

Tamat.