Staf Jabatan Bendahari Puan Mahani Ahmad Bersara

perpisahan kak mahani

Tanggal 18 Januari 2021 merakamkan suasana sayu apabila Puan Mahani Ahmad bakal memulakan cuti pra-persaraan pada keesokkan harinya.  Beliau yang telah 33 tahun berkhidmat di Jabatan Bendahari turut merasa sebak sewaktu memberi ucapan terakhir kepada rakan-rakan jabatan yang bakal ditinggalkan.  Di dalam ucapannya beliau berkongsi pengalaman-pengalaman manis beliau sewaktu bersama Jabatan Bendahari dan meninggalkan nasihat dan pesanan yang berguna kepada generasi baru yang bakal mewarnai Jabatan Bendahari di masa akan datang.   Jabatan Bendahari mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Mahani dan mendoakan supaya beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan cepat menyesuaikan diri dengan rutin baharu selepas persaraan.   Kami akan sentiasa merindui Kak Mahani!