KEJOHANAN BOLING JABATAN BENDAHARI MENGUJI KERJASAMA BERPASUKAN DALAM KALANGAN STAF

boling pic

 

 

21 November 2019 (Khamis) Jabatan Bendahari dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKRB) telah menganjurkan Kejohanan Boling Jabatan Bendahari 2019 Piala Puan Eylani yang diadakan di Kedah Bowl City Plaza. Seramai 27 orang staf telah menyertai program ini. Peserta telah dibahagikan kepada 9 kumpulan dimana satu kumpulan dianggotai oleh 3 orang peserta.

Kumpulan Zoomm telah merangkul juara dengan jatuhan pin sebanyak 1755 pin dan Kumpulan Coooll telah menduduki tempat kedua dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1422. Manakala tempat ketiga dirangkul oleh Kumpulan Zazz dengan jatuhan pin sebanyak 1307.