A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds


Dari Meja Bendahari

Amanat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua Jabatan Bendahari UUM telah berjaya mewujudkan sebuah laman web baru yang lebih ceria dan berinformatif.

Sekalung tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Laman Web Jabatan Bendahari kerana dengan usaha dan kerjasama erat antara mereka telah dapat menghasilkan sebuah laman web yang dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna yang berkepentingan (stakeholder).

Dengan adanya laman web yang berinformatif dan terkini adalah diharapkan para pengguna yang terdiri daripada Pusat Tanggungjawab, pelajar dan pembekal dapat mengakses maklumat-maklumat berkaitan panduan, pekeliling serta peraturan kewangan disamping mematuhi pelaksanaan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi mencapai teguran audit sifar.

Para pengguna juga dialu-alukan untuk memberi sebarang bentuk komen, pandangan ataupun teguran kepada kami melalui saluran yang disediakan samada melalui media sosial yang lain seperti facebook mahupun emel. Mudah-mudahan dengan komen dan teguran para pengguna sekalian akan dapat membantu jabatan kami memperbaiki kelemahan yang ada.

Sekian, Wabillahittaufik walhidayah, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabaratuh.

HAJI AMRON MAN

Bendahari
Universiti Utara Malaysia

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim