A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds
  • Home
  • Direktori
  • Aktiviti


MAJLIS BACAAN YASIN

BACAAN YASIN

31 Disember 2019 (Selasa), Satu majlis bacaan Yaasin telah diadakan di ruang Pentadbiran Jabatan Bendahari agar penutupan Akaun berjalan dengan lancar dan juga semoga  mendapat pengakhiran yang baik kepada semua staf di Jabatan Bendahari. Menjelang 2020 didoakan perjalanan Jabatan Bendahari dipermudahkan urusan sepanjang tahun oleh Allah S.W.T.

 

Print Email

PROGRAM AEROBIK & PELANCARAN "WEIGHT LOSS CHALLENGE"

AEROBIK

 

19 Disember 2019 (Khamis). Jabatan Bendahari dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Bendahari (KKRB) telah menganjurkan satu program kecergasan iaitu “Program Aerobic dan Pelancaran Weight Loss Challenge. Program aerobic telah melibatkan juga staf di bangunan A100 manakala program “Weight Loss Challenge” hanya melibatkan staf di Jabatan Bendahari.

Bersempena program kecergasan pada hari tersebut pihak KKRB telah melancarkan ‘Weight Loss Challenge’. Seramai 28 penyertaan telah diterima daripada staf Jabatan Bendahari. Pertandingan ini akan mengambil masa 3 bulan untuk diketahui keputusan penuhnya para perserta perlu mematuhi kriteria-kriteria pertandingan tesebut.

Print Email

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH AZIZAN HASHIM

persaraan azizan

12 Disember 2019 (Khamis), satu Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada  En. Azizan Hashim sempena persaraan beliau bertempat di perkarangan kolam renang Pusat Sukan UUM.  Sepanjang 31 tahun berkhidmat di Jabatan Bendahari, beliau telah berkongsi pelbagai pengalaman yang amat berharga agar menjadi panduan kepada staf lain.

Pihak Jabatan Bendahari berharap  En. Azizan akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

Print Email

CERAMAH AGAMA: IKHLASKAH KITA DALAM BERIBADAH

CERAMAH AGAMA IKHLASKAH

 

Ahad 13 Oktober 2019, Jabatan Bendahari dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Bendahari (KKRB) telah menganjurkan satu majlis perkongsian Ilmu yang telah disertai oleh staf di Bangunan A100. Ceramah telah disampaikan Ustaz Wan Hafiz Hj Wan Salleh selaku Mudir Thal’atul Anwar Malau telah dijemput untuk memberi ceramah yang bertajuk ‘Ikhlaskah Kita dalam beribadah’.  Beliau telah  mengupas erti beribadah dan bagaimana Ibadah itu perlu diadaptasikan di dalam kehidupan seharian kita.

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim