A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds
  • Home
  • Direktori
  • Aktiviti
  • MAJLIS PERSARAAN DAN SERAH TUGAS TN. BENDAHARI


MAJLIS PERSARAAN DAN SERAH TUGAS TN. BENDAHARI

pic serah tugas tn haji

STAF BENDAHARI PERLU BERDIRI TEGUH DI BAWAH KEPIMPINAN BAHARU

UUM ONLINE: Hampir 30 tahun menabur bakti kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), mantan Bendahari, Amron Man mengingatkan staf Jabatan Bendahari untuk kekal berdiri teguh di bawah kepimpinan baharu.

 
Beliau berkata demikian pada Majlis Persaraan dan Serah Tugas Bendahari yang menyaksikan mantan Bendahari tersebut menyerahkan nota serah tugas kepada Pemangku Bendahari, Eylani Ahmad di EDC Hotels & Resorts, semalam.

 
Amron berkata, seluruh warga Jabatan Bendahari perlu menggembleng tenaga dan mula melihat semula hala tuju baharu jabatan tersebut pada masa hadapan.

 
"Gunakan pendekatan dengan mengadakan semula 'retreat' bagi mengembalikan ukhwah antara sesama staf di sini dan pada masa sama dapatkan pandangan baharu tentang hala tuju yang hendak dicapai.


"Saya berharap staf di Jabatan Bendahari akan lebih produktif dan memberikan lebih banyak output kepada universiti walaupun berdepan dengan cabaran terutamanya membabitkan penjanaan kekayaan," katanya.

 
Beliau juga menggalakkan agar diadakan program pertukaran staf supaya staf Jabatan Bendahari di universiti ini dapat menimba ilmu baharu dan belajar tentang sistem kerja di organisasi lain juga.


Sementara itu, Eylani berkata, ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan mantan Bendahari itu akan digunakan sebagai panduan dalam menghadapi hari mendatang yang penuh mencabar.

 
Menurutnya, beliau juga akan mengambil inisiatif menyusun semula barisan Jabatan Bendahari dan melakukan yang terbaik, seterusnya memastikan jabatan itu dapat memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan universiti.

 
Amron mula berkhidmat di UUM pada 1991 sebagai Penolong Bendahari, kemudian dilantik sebagai Timbalan Bendahari pada 2002 dan memegang jawatan sebagai Bendahari pada 2008 sebelum bersara wajib pada 2017, kemudian menyambung jawatan Bendahari secara kontrak selama dua tahun bermula 13 Julai 2017 dan berakhir pada 12 Julai 2019

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim