A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds
  • Home
  • Direktori
  • Aktiviti
  • BENDAHARI SEDUT VITAMIN D SEBAGAI USAHA MEMERDEKAKAN DIRI DARI BELENGGU PENYAKIT


BENDAHARI SEDUT VITAMIN D SEBAGAI USAHA MEMERDEKAKAN DIRI DARI BELENGGU PENYAKIT

Kesibukan yang tidak berpenghujung tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kakitangan Jabatan Bendahari terperuk di dalam pejabat sepanjang tahun. Aktiviti Merdeka Eco Walk 2020 yang diadakan baru-baru ini menterjemahkan semangat Malaysia Prihatin warga Jabatan Bendahari melalui aktiviti serampang tiga mata. Selain objektif utama untuk menyambut bulan kemerdekaan dan menyemai semangat patriotik di kalangan warga Jabatan melalui nyanyian medley lagu-lagu patriotik, ia turut memfokuskan kepada aktiviti merembeskan toksin daripada badan sambil menyedut Vitamin D semulajadi dengan cara bersenamrobik merdeka di bawah sinaran cahaya matahari yang disusuli aktiviti berjalan kaki mengelilingi Dataran Ilmu sebanyak tujuh (7) pusingan diiringi lagu-lagu patriotik. Rata-rata kakitangan Jabatan Bendahari menyatakan perasaan gembira kerana dapat bersama-sama melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh di samping menyedut udara segar kampus. Suasana persekitaran yang menghijau benar-benar dapat memberi ketenangan dan membantu menghilangkan tekanan yang dirasai oleh warga Jabatan Bendahari setelah hampir lima (5) bulan bekerja di dalam suasana yang terbelenggu dek pandemik Covid-19. Seluruh warga Jabatan Bendahari mendoakan semoga pandemik ini cepat berakhir.

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim