A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds
  • Home
  • Direktori
  • Aktiviti
  • JABATAN BENDAHARI TURUT PERIHATIN NASIB PENDUDUK NAPOH


JABATAN BENDAHARI TURUT PERIHATIN NASIB PENDUDUK NAPOH

rescue

 

Sintok, 9 Ogos 2020. Prihatin akan nasib penduduk Napoh yang kini berada di bawah TEMCO (Targeted Enhanced Movement Control Order) sejak lebih satu minggu lalu, Jabatan Bendahari telah melancarkan kutipan kilat bagi menyokong program CSR yang dilancarkan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) melalui program UUMPrihatin - RESCUE Penduduk Napoh -Tabung Bantuan Dan Makanan. Dengan kemurahan hati kakitangan Jabatan Bendahari telah membolehkan kutipan sebanyak RM600 dikumpulkan dan diserahkan kepada Pengarah PKU, Dr Adi Azhar Abdul Razak pada jam 2.30 petang tadi. Jabatan Bendahari mendoakan keselamatan warga Napoh dan semoga Napoh dan seluruh Negeri Kedah segera pulih daripada serangan Covid-19.

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim