A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds


PROGRAM GO GREEN JABATAN BENDAHARI

welcome centre

 

LAWATAN KE WELCOME CENTRE SEMPENA PROGRAM GO GREEN JABATAN

Lawatan 35 Ahli Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Bendahari ke Welcome Centre pada 14 Mei 2015 pastinya memberi perspektif yang positif bagi meninjau ikon terbaharu universiti. Ketua Penolong Bendahari Kanan, Eylani Ahmad mengetuai lawatan dari Jabatan yang melestarikan kewangan Universiti. Tidak dapat dinafikan pentingnya Jabatan Bendahari dalam menguruskan bayaran gaji dan lain-lain urusan berkaitan kewangan untuk warga kerja UUM.


“Kali pertama mengunjungi Welcome Centre bertujuan untuk mengetahui fungsi dan kemudahan yang disediakan di Welcome Centre untuk pelawat UUM” kata Elyani. Di samping itu, kami ingin melihat secara dekat Welcome Centre yang menjadi tumpuan para pengunjung, ujar beliau lagi.

Dalam konteks ini, Universiti di Rimba Hijau bertepatan dengan progam Go Green anjuran Jabatan Bendahari bersempena lawatan ini.

Menurut Penolong Akauntan Jabatan Bendahari, Shazlina Ibrahim, “Pengenalan yang bagus dan menarik untuk para pelawat ke UUM, hiasan yang melambangkan persekitaran hijau di UUM dan gambar arkib yang menarik mengenai sejarah UUM”.

Terima kasih kepada Jabatan Bendahari di atas maklum balas yang diberikan mengenai Welcome Centre. Semakin hari UUM dipromosikan, semakin ramai jumlah pengunjung yang datang dari setiap pelusuk negara.



Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim