A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds


PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1436H

lela 

Jumaat 03 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436 H  Jabatan Bendahari UUM telah menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan staf dan ahli keluarga. Majlis telah diadakan di Darulaman Suite , Bandar Darulaman Jitra, Kedah.

Majlis dimulakan dengan penyampaian Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Baharuddin Che Nen, Hakim Syarie Mahkamah Syariah. Antara intipati penyampaian tazkirah, beliau memohon agar para hadirin sentiasa menjaga aurat dan sentiasa berebut untuk mendapat pahala puasa yang diberkati.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak yatim, cenderahati dan duit raya kepada anak-anak staf yang berusia di bawah 12 tahun disamping cabutan bertuah kepada keluarga staf yang bertuah.

Pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak hotel untuk hidangan majlis berkenaan dengan kambing golek sebagai menu utama. Majlis diakhiri dengan solat maghrib di surau yang disediakan oleh pihak hotel.

Program serba ringkas dan sederhana ini dilihat dapat memupuk semangat bekerjasama di kalangan staf disamping dapat mengeratkan ukhuwah bersama staf dan ahli keluarga sebagai satu keluarga besar Jabatan Bendahari.

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim