A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds


KAYUHAN MERDEKA JABATAN BENDAHARI MERIAH

 

KAYUHAN MERDEKA JABATAN BENDAHARI MERIAH

 

slide3

Sekitar aktiviti yang dijalankan dalam program Kayuhan Merdeka Sehati Sejiwa anjuran Jabatan Bendahari

 

SINTOK: Jabatan Bendahari Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Tunku Putri Intan Shafinaz (PPKKTPIS) telah mengadakan Program Kayuhan Merdeka Sehati Sejiwa pada 10 September 2015 yang lalu. Program ini julung kalinya diadakan melibatkan pihak luar.

Objek tif program adalah untuk menjalinkan hubunga antara keluarga PPKKTPIS dengan staf Jabatan Bendahari di samping menerapkan nilai dna erti kemerdekaan serta mengembalikan semangat kemerdekaan kepada staf dan warga PPKKTPIS.



Program dimulakan dengan kayuhan yang bermula di Pusat Sukan dengan mengambil masa selama lebih kurang 20 minit untuk sampai ke PPKKTPIS. Seramai 60 staf Jabatan Bendahari terlibat dalam program ini. Walaupun hujan lebat namun kayuhan tetap dijalankan kerana semangat kemerdekaan yang berkobar-kobar di kalangan peserta meneruskan program ini.

Ketibaan peserta di PPKKTPIS di sambut dengan meriah oleh kanak-kanak dan pusat warga pusat perkembangan itu sambil mengibarkan jalur gemilang. Pengurus PPKKTPIS, Norhayati Ahmad berkata warga pusat perkembangan ini amat gembira kerana ini merupakan kali pertama jabatan dalam Universiti Utara Malaysia (UUM) berkunjung ke PPKKTPIS.

Program yang dirasmikan oleh Pn. Eylani Ahmad, Ketua Penolong Bendahari Kanan dimulai dengan acara pertandingan mewarna oleh kanak-kanak berumur lima dan enam tahun. Bagi menarik perhatian kanak-kanak, penampilan maskot semut telah dilakukan.

Selain pertandingan melukis, acara penanaman pokok bunga raya dilakukan. Pemilihan pokok bunga raya adalah sebagai simbolik bunag kebangsaan Malaysia yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat.

Dalam majlis yang sama, PPKKTPIS telah memberi laman lanskap ‘angkat’ kepada Jabatan Bendahari sebagai tanda penghargaan dan jalinan kerjasama sempena hari kemerdekaan Malaysia.



















Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim