A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds


WARGA BENDAHARI BERTUNGKUS LUMUS DI MALAM TERAKHIR 2015

WARGA BENDAHARI BERTUNGKUS LUMUS DI MALAM TERKAHIR 2015

 

acct closing

 

Sintok: Seperti kebiasaan 31 Disember adalah tarikh paling sibuk di Jabatan Bendahari UUM di mana proses penutupan akaun dilaksanakan selepas berakhirnya waktu pejabat. Di kala semua orang menantikan detik ketibaan tahun baru, warga Bendahari akan bertungkus lumus memastikan segala transaksi untuk tahun 2015 diakaunkan dengan sempurna dan seterusnya proses penyediaan laporan Penyata Kewangan Tahunan berjalan lancar.

31 Disember 2015 adalah tidak terkecuali. Dengan penuh komitmen dan kerjasama erat di antara warga Jabatan Bendahari dan pegawai-pegawai UUMIT maka tepat jam 11.35 malam penutupan Akaun Universiti untuk tahun 2015 telah berjaya dilaksanakan. Walaupun pada peringkat awalnya terdapat sedikit masalah dengan sistem tetapi kesabaran dan dedikasi semua pegawai dan staf terlibat, segala kesulitan dan permasalahan telah dapat diatasi. Ibarat kata pepatah Inggeris 'Coming together is a beginning, keeping together is progress, working together is success'.

Selamat Menyambut Tahun Baru, semoga tahun 2016 akan membawa kejayaan dan kebahagiaan untuk kita semua.

Tamat

 

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim