A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds
  • Home
  • Direktori
  • Arkib Artikel
  • PERTANDINGAN MEMANCING 'JOM JORAN RIA' JABATAN BENDAHARI MENDAPAT SAMBUTAN DILUAR JANGKAAN


PERTANDINGAN MEMANCING 'JOM JORAN RIA' JABATAN BENDAHARI MENDAPAT SAMBUTAN DILUAR JANGKAAN

pic joran

Khamis Saman muncul juara apabila berjaya menangkap ikan patin seberat 10.615 kilogram, 15 minit sebelum masa pertandingan berakhir sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000, di Tasik Rekreasi Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Usia bukan penghalang buat Khamis, 51, dari Puncak Janing, Kuala Nerang, Kedah, yang menampilkan aksi tangkas selama 15 minit bergelut menundukkan si patin sehingga bergelar juara Pertandingan Memancing Jom Joran Ria 2016 UUM Siri 3.

“Saya suka memancing dan sering menyertai pertandingan sampai ke Pahang tapi tak pernah dapat nombor 1, kalah memang selalu dan saya takut jadi juara tetapi pertandingan ini saya rasa macam mimpi, alhamdulillah saya juara!” luahnya.

Pesta memancing semakin rancak sebaik sahaja pertandingan bermula jam 9.00 pagi yang disertai 649 kaki pancing dari Perak, Pulau Pinang dan Perlis.

Pada mulanya ikan terberat pertama iaitu 6.325 kg berjaya ditangkap pada jam 9.14 pagi dan ketika kejuaraan hampir menjadi milik Mohamad Shaiful Abd. Razak ikan patin seberat 10.615 kg yang berjaya ditangkap dan diiktiraf sebagai ikan terberat.

Mohamad Shaiful, 29, dari Kuala Nerang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan membawa wang tunai RM3,000 manakala Mohd Akmal Mat Isa, 25, dari Alor Setar, Kedah pula di tempat ketiga yang menerima wang tunai RM1,000.

Sementara itu, pengarah projek, Zulkifli Omar berkata, program yang diadakan sempena Discover UUM merupakan anjuran Jabatan Bendahari UUM dengan kerjasama Inapan Siswa (Inasis) Sime Darby, Pusat Sukan dan Kelab Joran Sintok.

“Sebanyak 1 tan ikan keli dilepaskan 4 hari sebelum pertandingan sebagai persediaan Pertandingan selain dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Car Boot Sales dan cabutan bertuah.

“Konsep tangkap dan lepas yang diamalkan pada pertandingan ini dalam usaha menjadikan tasik ini sebagai salah satu tempat rekreasi pilihan masyarakat sekitar untuk beristirehat bersama keluarga di hujung minggu,” ujarnya.

Bendahari UUM Amron Man, ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah melahirkan rasa gembira kerana objektif untuk menarik ramai pengunjung sempena Discover UUM tercapai malah menerima sambutan di luar jangkaan.

“Ini sebagai usaha menarik lebih ramai masyarakat luar untuk datang ke UUM pengunjung boleh rileks santai sambil berkelah, berkhemah dan makan angin bersama keluarga dan rakan-rakan di sekitar kampus,” ujarnya.

Kemeriahan jelas terpancar apabila 1,500 pengunjung membanjiri Tasik Rekreasi UUM yang merancakkan lagi Discover UUM serta mempromosikan kampus yang dikenali sebagai Universiti Di Rimba Hijau.  

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim