A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds


BENDAHARI SIHAT BENDAHARI CERGAS 10,000 LANGKAH

puncak vista web

 

PROGRAM BENDAHARI SIHAT BENDAHARI CERGAS 10,000 LANGKAH

Jabatan Bendahari dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Bendahari (KKRB) telah melaksanakan program ‘Bendahari Sihat Bendahari Cergas 10,000 langkah pada 03 November 2016 yang lalu. Bertemakan Hijau Kuning seramai 32 orang staf Jabatan Bendahari telah mengikuti program tersebut. Objektif utama adalah untuk memastikan staf-staf jabatan sentiasa dalam keadaan sihat dan cerdas. Aktiviti riadah ini amat penting kerana staf-staf jabatan sentiasa sibuk dengan bebanan tugas seharian di pejabat dan program sebegini sesuai untuk menghilangkan tekanan kerja.

Program pagi ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik serta senaman ringkas dan kemudiannya berjalan menuju ke Puncak Vista iaitu salah satu destinasi tarikan sempena tahun melawat Universiti Utara Malaysia atau lebih dikenali sebagai ‘Discover UUM’. Peserta-perserta yang tiba di puncak akan menandatangani kain rentang program sebagai simbolik kejayaan mereka mencapai objektif yang ditetapkan.

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim