A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds


JOM MASUK DUSUN BERSAMA TN. BENDAHARI

dusun berita

 

JOM MASUK DUSUN BERSAMA TN. BENDAHARI

 

Satu program santai 'Jom Masuk Dusun Bersama Tn. Bendahari' telah diadakan pada 31 Julai 2017 bertempat di Dusun Sg. kecil, Changkat Setol. Tn. Hj Amron Man telah berbesar hati menjamu semua staf dengan buah-buah tempatan seperti durian, rambutan dan langsat. Seramai 50 staf telah memeriahkan program ini sambil dilayani oleh tuan dusun yang mesra dan ramah. Dusun ini sangat meriah dengan buah-buahan tempatan terutamaya buah durian yang membuatkan ramai pengunjung datang dan tidak ketinggalan jabatan ini juga turut mengambil peluang tersebut.

Program seperti ini secara tidak langsung memupuk jalinan ukhawah dan sifat kerjasama yang patut dipraktikkan dalam setiap jabatan. Dalam ucapan Tn. Bendahari melahirkan rasa gembira dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh staf jabatan ini dan beliau berharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang.

habis..

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim