A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds


DINAR UUM Muncul Johan Konvensyen KIK 2013

 

Dinar

4 Jun 2014

UUM ONLINE: Kumpulan Dinar dari Jabatan Bendahari Universiti Utara Malaysia (UUM) tersenyum manis apabila muncul johan dan fasilitator terbaik Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institut Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA) kali ke-9 bagi kategori pengurusan yang diadakan di Dewan Mu’adzam Shah malam tadi.

Projek inovasi bertajuk “Easy OT” dilihat mampu menambat hati juri yang membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, wang tunai RM6,000 dan sijil manakala fasilitator terbaik kategori pengurusan disandang oleh Mazidah Samsudin juga dari Jabatan Bendahari yang menerima sijil dan piala pusingan.

Fasilitator kumpulan, Mazidah Samsudin melahirkan perasaan gembira dan tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini dan berharap dapat memberi suntikan kepada ahli lain untuk meneruskan usaha pada masa akan datang.

“Perasaan gembira tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan terima kasih kepada ahli yang banyak memberi kerjasama serta komitmen yang tinggi semasa menjayakan projek ini dan diharap ahli kumpulan dapat meningkatkan usaha bagi memperbaiki kelemahan,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Tambahnya lagi, konvensyen ini juga merupakan satu kaedah dan pendekatan yang baik untuk meningkatkan mutu kerja melalui pengendalian yang cekap dan berkesan.

Johan kategori teknikal pula dimenangi oleh kumpulan PERMADI dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang membawa pulang piala, wang tunai RM6,000 dan sijil dengan tajuk projek “Ketidakakuran Terhadap Standard Integriti Spesimen di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnosis PPUKM”.

Naib johan kategori teknikal dipegang oleh kumpulan LATERAL dari Universiti Sains Malaysia dan bagi kategori pengurusan pula diterima oleh kumpulan PELANGI dari Universiti Teknologi MARA yang membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM4,000 dan sijil.

Manakala tempat ketiga membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM2,000 dan sijil yang mana kedua-dua kategori dibolot oleh kumpulan CHARGE V2 dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Abdul Razak Saleh, Penasihat Undang-undang, Md Rejab Md Desa dan Pengarah Canselori, Baharudin Yaacob.

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim