A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds

Unit Terimaan


Caj RM20.00 dikenakan kepada pelajar kerana Universiti tidak menggalakkan pembayaran secara tunai atas sebab keselamatan wang tunai dan kos pengurusan bagi serahan wang ke bank.

Walaubagaimanapun pelajar boleh membuat pembayaran melalui
e-debit dan kad kredit di kaunter Jabatan Bendahari tanpa dikenakan sebarang caj.

 

  1. Staf di PTJ hanya boleh membuat kutipan sekiranya mendapat surat kuasa menerima wang/ menguruskan kutipan tunai hasil operasi PTJ yang diluluskan oleh Pegawai Pengawal (Naib Canselor).

  2. Permohonan untuk mendapatkan surat kuasa menerima wang/ menguruskan kutipan tunai hasil operasi PTJ boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penurunan Kuasa Kepada Staf Yang Menjalankan Tugas Mengutip Hasil di laman web Jabatan Bendahari dan dihantar ke Jabatan Bendahari untuk diproses.

  1. Kutipan tunai / cek hanya boleh dibuat menggunakan Resit Pre-Printed/ Sistem Terimaan Offline yang disediakan oleh Jabatan Bendahari sahaja. Resit biasa atau resit PTJ tidak dibenarkan sama sekali.

  2. Permohonan untuk mendapatkan Resit Pre-Printed/ Sistem Terimaan Offline perlu dikemukakan ke Jabatan Bendahari dengan mengisi Borang Permohonan Menggunakan Resit Pre-Printed/ Sistem Terimaan Offline di laman web Jabatan Bendahari. Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kutipan.

  3. Pegawai yang dinamakan di dalam borang permohonan berkenaan perlu mempunyai surat kuasa menerima wang/ menguruskan kutipan tunai daripada Pegawai Pengawal (Naib Canselor) terlebih dahulu.

  4. Bagi penggunaan Sistem Terimaan Offline, pengguna perlu menyediakan komputer/ lap top yang menggunakan perisian Window 7, Vista atau XP sahaja.

  1. Invois boleh dikeluarkan dengan cara mengisi Borang Arahan Pengeluaran Invois dari laman Web Jabatan Bendahari.

  2. Borang yang lengkap diisi dan ditandatangani perlu dikemukakan ke Jabatan Bendahari beserta dengan dokumen sokongan.

Unit Aset

Bagi mengelakkan perolehan disekat, pendaftaran inventori baru di dalam IFAS hendaklah dibuat selewat-lewatnya dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh pembelian.

Unit Gaji


Tarikh pembayaran gaji boleh dirujuk melalui Pekeliling Bendahari Bilangan 1 hingga 3 (setiap tahun) melalui laman web Jabatan Bendahari


Apabila Unit Gaji menerima Arahan Bayaran Gaji (APG) daripada Jabatan Pendaftar. Sekiranya APG diterima 2 minggu sebelum tarikh gaji, gaji akan dibayar pada bulan tersebut. Sekiranya APG diterima selepas tempoh tersebut, gaji akan dibayar dalam bulan berikutnya.


Sekiranya APG menyambung kontrak daripada Jabatan Pendaftar diterima oleh Unit Gaji selepas tempoh 2 minggu sebelum tarikh gaji, gaji dan elaun akan dikira secara prorata mengikut bilangan hari bekerja. Baki gaji dan elaun akan dibayar dalam bulan berikutnya sebagai tunggakan. Namun, sekiranya atas keperluan mendesak kakitangan boleh menghubungi Unit Gaji untuk memohon pengecualian.


PCB dikira berdasarkan maklumat pendapatan dikenakan cukai kakitangan serta maklumat peribadi kakitangan di sistem PERSIS (cth: status perkahwinan dan bilangan anak).

Pendapatan Dikenakan Cukai = pendapatan yang dianggap sebagai pendapatan tambahan.

Nota: Pendapatan yang dianggap dibelanjakan semula tidak dikenakan cukai (contoh: Imbuhan Tetap Perumahan dianggap akan dibelanjakan semula untuk membayar sewa rumah atau ansuran pinjaman rumah)


Arahan kerajaan melalui Bajet 2012, mulai Januari 2013 semua kakitangan yang telah berpencen yang dilantik semula berkhidmat secara kontrak perlu dibuat potongan KWSP secara penuh (sekiranya berumur 55 thn – 59 thn) dan potongan KWSP separuh (sekiranya umur melebihi 60 thn).  Sila rujuk laman KWSP untuk maklumat lanjut.

Unit Biasiswa


Bayaran boleh dibuat melalui 3 cara seperti di bawah:-

CARA 1 – KAUNTER BANK

Bank1

 

CARA 2- ATM BANK ISLAM

ATM1

 

CARA 3 – PERBANKAN INTERNET

  1. TATACARA BAYARAN MELALUI PERBANKAN INTERNET- CIMB

Online1

Online2

Online3

Online4

 

TATACARA BAYARAN MELALUI PERBANKAN INTERNET- BANK ISLAM


Sila ambil maklum, hanya pengguna kad Bank Islam yang mendaftar kemudahan “Internet Banking” sahaja boleh melakukan transaksi bayaran yuran melalui cara ini. Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran, sila rujuk dengan pihak Bank Islam.

1. Login ke Internet Banking

BI-1

2.      Pilih “Bill Presentment” pada menu Bill Payment
3.      Pilih “Universiti Utara Malaysia” pada senarai Payee Corporation
4.      Masukkan No. Kad Pengenalan (BARU – Cth ; 890908025869) dan klik “Next”

BI-2

5.            Sila pilih Bill Reference samaada:-

                -              HTG/YRN192935            : Bayaran caj yuran pelajar

                -              LAINCAJ192935             : Saman Keselamatan/Saman Kolej/DendaPerpustakaan

6.            Sebelum memilih butang “Pay”, sila pastikan no matrik yang dipaparkan adalah betul

BI-3

 

BI-4

7.            Sila masukkan jumlah bayaran yang ingin dibuat. Pastikan anda memilih sumber akaun (source account) yang betul untuk dibuat bayaran sebelum menekan butang “pay”.

8.            Semak maklumat bayaran sebelum menekan butang “confirm”.

BI-5

9.            Makluman status bayaran akan dipaparkan. 

BI-6

BI-7

10.          Sila cetak maklumat transaksi yang berjaya dan simpan sebagai bukti bayaran. Resit tidak akan dikeluarkan oleh     Jabatan Bendahari bagi bayaran melalui Internet Banking.

 


Pelajar boleh melayari portal pelajar di alamat http://umis.uum.edu.my/umis/login.jsp  dan maklumat pelajar boleh didapati seperti berikut:

 

Umis2

Unit Perolehan

 

 >RM2,500 - ≤RM20,000   :   Pembelian terus sekurang-kurangnya dua (2) sebutharga
 >RM20,000 – ≤RM50,000    :  Tiga (3) sebutharga. (Syarikat bumiputera yang berdaftar dengan 
 Kementerian Kewangan Malaysia/UUM)
 >RM50,000 – ≤RM100,000  :  Lima (5) sebutharga. (Syarikat bumiputera yang berdaftar 
 dengan Kementerian Kewangan Malaysia/UUM)
 >RM100,000 – ≤RM500,000  :  Sepuluh (10) sebutharga
 >RM500,000  :  Tender


Klik link web Kementerian Kewangan Malaysia
http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=107&Itemid=28


Semak dalam website Jabatan Bendahari Universiti Utara Malaysia (www.bendahari.uum.edu.my) dan dapatkan dokumen sebutharga/tender di Pusat Tanggungjawab.

 

SALINAN SIJIL (SERTAKAN JIKA BERKAITAN/BERKENAAN SAHAJA)  
 a.  Sijil Kementerian Kewangan Malaysia
 b.  Surat Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera
 c.  Surat Akuan Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
 d.  “Memorandum” dan “Articles of Association” (Form 24, Form 44, Form 49)
 e.  SSM/Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang A/B dan D)
 f.  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
 g.  Jabatan Kerja Raya
 h.  Jabatan Bekalan Elektrik
 i.  Akta Industri Pelancongan
 j.  Penyata Bank Syarikat untuk 3 bulan terakhir
 k.  Salinan Kad Pengenalan Pemilik
 l.  Cop Syarikat (jika datang sendiri ke Jabatan Bendahari)
















Sediakan secara bertulis kepada Jabatan Bendahari (Unit Perolehan-Pendaftaran Syarikat) dan sertakan salinan dokumen sokongan (contoh: penyata akaun bank/lesen SSM/KKM/Form49).


3 bulan atau sebagaimana tempoh sah yang dinyatakan dalam sebutharga pembekal

 

  1. Sebutharga yang disahkan
  2. Kertas Kerja / Minit Mesyuarat kelulusan aktiviti.
  3. Bajet aktiviti yang diluluskan.
  4. Lampiran A –Kelulusan Perjalanan Luar Negara (bagi aktiviti yang berlangsung di luar negara).
uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim