A- A A+

Malay Arabic Chinese (Simplified) English

|  W3C  |  MAKLUMBALAS  |  PETA LAMAN  |  SOALAN LAZIM  |  BANTUAN  |  facebook creative nerds  twitter  youtube creative nerds
  • Home
  • Info Korporat
  • Latar Belakang


Latar Belakang

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Jabatan Bendahari Universiti Utara Malaysia ditubuhkan pada 16 Februari 1984 seiring dengan penubuhan Universiti Utara Malaysia di kampus sementara di Bandar Darulaman, Jitra Kedah. Jabatan Bendahari pada ketika itu beroperasi di Pejabat UMNO Jitra dengan dianggotai oleh dua orang kakitangan sahaja iaitu Allahyarham En. Abdul Aziz Abd Wahab yang pada ketika itu menjalankan tugas Bendahari dan En. Mhd. Fauzi Ahmad selaku pegawai kerani.
 
Setelah empat (4) bulan beroperasi di Pejabat UMNO Jitra, Pejabat Bendahari berpindah ke kampus sementara di Bandar Darulaman Jitra di bawah teraju Bendahari Pertama iaitu En. Shaari Mat Isa dengan kekuatan kakitangan seramai lebih kurang 21 orang.
 
Pada 15 September 1990 Jabatan Bendahari telah berpindah dan beroperasi di Tingkat 2 dan 3 Bangunan Canselori, Kampus Sintok. En. Shaari bin Mohd. Isa telah dilantik sebagai Bendahari pertama Universiti Utara Malaysia sehingga tahun 1991. Jawatan Bendahari kemudiannya telah disandang oleh Dato’ Haji Maidin bin Syed Ali sehingga tahun 2008.
 
Kini Jabatan Bendahari UUM diterajui oleh Tuan Haji Amron bin Man dan dibantu oleh Cik Hajah Che Norain Ahmad selaku Timbalan Bendahari turut disokong dengan kekuatan 65 kakitangan lain yang ditempatkan di sepuluh (10) unit berbeza mengikut fungsi dan tanggungjawab masing-masing.
 

SEJARAH JAWATAN BENDAHARI

 
BENDAHARI 1  BENDAHARI 2  BENDAHARI 3

Print Email

uum  mygov  msc  mampu  myideas myline tourism krste sirim