Boling Santai Bendahari 2024- Pasukan Mekanikal dari JPPI Muncul Juara Pertandingan

Boling_KKRB_2024.png

JITRA 24 Februari – Pasukan Mekanikal yang mewakili Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI) muncul Juara dalam Pertandingan Boling Santai Sempena Sambutan 40 Tahun Universiti Utara Malaysia. Pasukan ini diwakili oleh Mohd Fareed bin Abd Wahab dan Husaini bin Che Husin berjaya mencatat sebanyak 1,318 jatuhan pin mengatasi pemenang tempat kedua dengan hanya 11 pin sahaja iaitu pasukan dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) yang diwakili oleh Iskandar bin Adon dan Roshita binti Che Ani. Pertandingan yang diadakan di Lite Superbowl,Jitra, Kedah ini bersempena dengan Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia yang telah ditubuhkan pada 16 Februari 1984 iaitu 40 tahun dahulu di Kampus Darulaman, Tanah Merah, Jitra, Kedah.

Seramai 40 orang pemain yang mewakili 20 pasukan dari pelbagai Jabatan dan Pusat Pengajian telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini. Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.00 merupakan sumbangan dari Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan.  Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300.00.

Tuah Ayam Nampak Dikaki, tuah untuk Hadiah Khas Tempat ke-40 ternyata milik Puan Norhaniza binti Hussain dari Jabatan Bendahari.  Beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50.00

Sesi Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Noraidani binti Ismail selaku Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Bendahari (KKRB) yang menganjurkan pertandingan ini dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Sukan, Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK) Universiti Utara Malaysia.

-Habis-