Message From Bursar

MDM EYLANI AHMAD
Bursar
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

SELAMAT DATANG ke Laman Web Rasmi Jabatan Bendahari, Universiti Utara Malaysia.

Laman Web ini bertujuan untuk dijadikan medium interaksi di antara Jabatan Bendahari dengan semua pemegang taruh (stakeholders) didalam menyalurkan maklumat mengenai perkhidmatan kami serta bagi memudahkan capaian dokumen dan borang-borang berkaitan perkhidmatan kami oleh para pengguna. Laman Web ini juga boleh menjadi akses kepada para pelanggan di dalam membuat pembayaran secara online kepada universiti.

Jabatan Bendahari yang merupakan salah satu jabatan utama di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kepercayaan yang diberikan ini adalah satu amanah yang perlu digalas dengan sebaik-baiknya.Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua staf yang sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada Jabatan Bendahari. Diharapkan semua staf dapat meneruskan perkhidmatan yang cemerlang bagi memastikan kelancaran urusan kewangan di UUM dalam mencapai visi UUM sebagai Universiti Pengurusan Terbilang.

Para pengguna adalah dialu-alukan untuk memberi komen dan maklumbalas kepada kami bagi membantu kami memperbaiki mutu perkhidmatan.

Sekian, terima kasih. 

 "ILMU BUDI BAKTI"

"Melestarikan Kewangan Universiti"

 EYLANI AHMAD

Bendahari
University Utara Malaysia